| Jika Aku Jatuh Cinta...
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta, Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya, Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya, Maka hilanglah cintaku padanya, Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Andai masanya belum tiba, Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta, Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan, Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan, Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan, Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat, Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai, Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya, Jika ini belum saatnya, Dan jika Kau tahu kami belum bersedia, Selamatkan kami, Jarakkan kami, Pisahkan kami, Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah, Agar kami tak mengundang murka-MU, Agar kami dapat lebih menjaga hati, Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku, Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga, Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu, Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu, Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku, Andai dia bukan jodohku, Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya, Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya, Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu, Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku, Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu. Amiin.. hakikat kehidupan.....
Assalamualaikum.. Haa..dah lama update blog ni.. dah bersawang rupanya.. hakhak semenjak dua menjak jadi student U hidup da bertambah laa busy nye.. Huh..Life has been complicated lately! Memanglaa lebih relaks compared to zaman matrik dlu tp skrg ney menguji critical thinking plak.. hahahaha Aku da xbley mengharap bulan jatuh ke riba lagi tp aku kena kejar sendiri pipih yg takkan datang melayang.. walaweyh..falsafah lagi.. tp dalam kita menjalani kesibukan dunia janganlaa kita lupa pada tuntutan syarak pulak yea.. Seelok-eloknya jaga n peliharalah solat 5 waktu dgn solat pada awal waktunya dengan sempurna... banyakkan membaca Al-Quran.. Kalau kita tunaikan yg wajib n lakukan amalan-amalan sunat..InsyaAllah Allah akan mempermudahkan segala urusan kita di dunia & akhirat..Amin.. Jadi..lg berkatlaa segala perjalanan kita dalam mencari ilmu Allah.. tak kira betapa susah n sibuknya hidup kita kat dunia ni., ingatlah Allah sentiasa ada untuk membantu kita.. Sayang Allah sedalamnya seperti mana kasihNya Allah pada kita.. |